بسم الله الرحمان الرحيم
Segala pujian milik Allah,Tuhan yang mencipta,memiliki dan mentadbir seluruh makhluk.Semoga rahmat,keampunan,keselamatan dan kesejahteraan dicurahkan oleh Allah s.w.t. ke atas Rasulullah serta ke atas ahli keluarga dan para sahabatnya sehingga Hari Perhitungan dan Pembalasan iaitu Hari Kiamat.
Seterusnya,
Kami 3sixkhalifa,pengarang blog ini ingin memanjatkan kesyukuran terhadap illahi kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat kami coreskan pengalaman kami supaya dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada para pembaca yang dirahmati Allah sekalian.
Tanggal 16 Jun 2019,aku menjejakkan kaki ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman,Jitra,Kedah(IPDA).Pada hari dan detik itulah bermulanya kehidupan aku di dunia perguruan.Tidak pernah kubayangkan dalam hidupku bahawa telah tertulis dalam suratan takdir bahawa IPDA merupakan tempat pilihan Allah untukku.Semakin hari berlalu,aku semakin memahami dan mensyukuri atas keindahan perjalanan hidupku yang telah diaturkan oleh-Nya.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Banyak insan hebat yang kutemui.Mereka menjadi inspirasi kepadaku,menjadi panduanku saat kusesat,,menjadi penenang saat aku lemah,tatkala cabaran terlalu sukar untuk diharungi mereka sedia menyokong.Pensyarah-pensyarah hebat yang dipilih oleh Allah untuk menabur bakti di tempat yang mulia lagi berkat.Jika diri ini mahu bersyukur kepada Illahi mungkin mata ini tidak mampu menahan tangis memikirkan baiknya pencipta kepada si pendosa ini.Namun,tidak dapat dinafikan bahawa banyak cabaran yang terpaksa diharungi .Cabaran yang paling utama sekali bagiku adalah untuk mencari waktu untuk diluangkan bersama si kekasih tetapi si kekasih yang diceritakan ini bukanlah manusia.Si kekasih ini perlu dijaga dengan sepenuh hati semasa hayatku dan bila matinya diri aku ini,In Sha Allah,dia pula yang akan menjagaku.Dialah Al-quran.Dialah amanah terbesar dalam hidupku yang perlu kuperjuangkan sehingga ke akhir hayat.Aku sangat bersyukur Allah memilihku untuk menjadi penghafal Quran.Sesunggunya ingin sekali kuberitahu,bahawa detik-detik terindah dalam hidupku adalah ketika aku bersekolah di pusat Tahfiz.Kira-kira 2 jam paling kurang masa yang aku perlukan dalam sehari untuk menunaikan amanah dalam penghafalan Al-quran tetapi aku mendapati bahawa masa pembelajaran di IPDA agak padat.Aku memutuskan untuk menyelesaikan masalahku ini dengan menggunakan kaedah 6 thinking hat yang diasaskan oleh Edward Debono.Mula-mula,aku menggunakan topi hijau.Topi hijau digunakan untuk menyelasaikan masalah,subur dengan idea-idea dan kreatif.Aku mengambil langkah pertama yang diproses oleh topi hijau.Aku menggunakan idea yang telah berjaya diproses iaitu samaada mahu bertanya kepada penghafal quran lain tentang masa yang sesuai ataupun melihat kepada jadual harian dan memilih masa sendiri.Aku memutuskan untuk mengambil idea kedua.Aku terus memeriksa waktu yang sesuai dan ku dapati,waktu selepas asar hingga maghrib adalah waktu yang lapang.Seterusnya,Aku berfikir dengan topi kuning yang merupakan gaya berfikir yang optimistik dan digunakan untuk mencari faedah.Aku dapati faedah jika aku mengambil masa itu ialah pada masa tersebut hanya ada sedikit sahaja manusia yang berada di masjid dan pada waktu-waktu tertentu seperti selepas pukul 6 petang,hanya aku seorang di masjid.Hal ini membolehkan aku membaca Al-quran dengan bacaan yang kuat .Seterusnya,aku menggunakan topi putih.Topi putih adalah gaya berfikir yang objektif yang digunakan untuk mencari maklumat ,angka dan fakta sahaja.Aku memeriksa jadual program di masjid dan kudapati hampir setiap hari,tiada program yang dijalankan pada waktu petang.Topi hitam pula aku gunakan.Topi hitam adalh gaya berfikir yang negatif dan digunakan untuk mencari kesan buruk.Aku dapat tahu melalui penggunaan topi hitam bahawa waktu petang bukanlah waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti pengajian dan pembelajaran.Selepas itu,aku gunakan topi merah.Topi merah adalah gaya berfikir yang menilai perasaan.Pada waktu petang,aku pasti kekurangan tenaga selapas kepenatan menjalani rutin harian di IPDA tetapi apa sahaja sanggup ku lakukan demi menjaga Al-quran.Akhir sekali ,aku menggunakan topi biru iaitu gaya berfikir yang mengawal topi lain bekerja dan berfungsi sebagai ketua.Keputusan akhirku ialah aku memutuskan untuk menggunakan waktu petang sebagai waktu untuk Al-quran.Allah berfirman dalam Al-quran bahawa jika kamu tolong agama Allah,Allah akan tolong kamu.Tanggungjawabku adalah membaca 3 juzu' dari Al-quran setiap hari.Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud"bacalah Al-quran,sesungguhnya Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat".Selain itu,aku juga menghadapi cabaran baharu iaitu hampir setiap kelas,aku dan rakan-rakanku perlu membuat pembentangan mengenai tajuk yang diberikan kepada kami.Mujurlah,ada pensyarah yang mengajarkan kami tentang cara untuk mengajar dengan baik.Beliau adalah Dr Norliza Binti Khushairi yang mengajar kemahiran belajar kepada kami.Ketika melakukan pembentangan aku membiasakan diri dengan menggunakan eye contact.Kaedah Eye Contact adalah bertujuan untuk menjadikan komunikasi pembentang dengan murid menjadi lebih.Dengan melakukan Eye Contact,pembentang akan menjadi lebih mudah untuk menyentuh perasaan murid sama ada untuk menyampaikan mesej sedih seperti dasyatnya huru hara akhir zaman,keadaan manusia di padang mahsyar sekalipun untuk melakukan lawak atau gurau senda untuk menceriakan suasana.Bahasa badan juga merupakan satu elemen yang penting bagi menjayakan sebuah pembentangan.Bahasa badan yang tepat akan dapat membantu untuk menghuraikan atau menjelaskan tentang mesej yang hendak disampaikan.Sebagai contoh,ketika mengajarkan tentang tawaf,kita perlu menggerakan tangan menelilingi sesuatu objek yang dianalogikan sebagai kaabah.
No comments:
Post a Comment